w

Friday 22 June 2012

| gastrik oh gastrik |

ok..gastrik datang lagi.......



penyakit gastrik adalah berpunca daripada amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikuti waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari.

Apabila amalan ini diteruskan untuk tempoh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik.  Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempoh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

Makanan yang dilarang :

1. minuman berasid
Kepada yang suka minum orange juice, air limau nipis atau air asam jawa, disarankan agar mengurangkan pengambilan minuman ini. Memang ia kaya dengan vitamin C tetapi ia juga kaya dengan asid yang bakal buat dinding perut anda jadi nipis, selembut sutera… Jika nak minum juga, pastikan anda telah makan di waktu prime anda iaitu pagi, tengahari dan malam. Makanan yang berasid pulak ialah makanan yang biasanya mengandungi cuka seperti acar dan sebagainya. Ini memang sumber terbaik untuk asid.. sekali kena pasti berguling…

2. Makanan pedas

makanan pedas dilarang sama sekali. nanti perut tak pasal-pasal meletup..huhuhuhu


*sakitnyer klau gastrik datang..tapi sakit hati lagi.lagi.lagi.lagi sakitttttttttttttttttttt..................

Sunday 17 June 2012

kasihnya Ayah

bila ingat kembali kenangan bersama abah, aku akn tersenyum sendiri dan air mata akan keluar 
dengan tiba, betapa besarnya kasih ayah terhadap kita. aku ingat lagi kenangan aku 
bersama abah ketika dulu.bez sangat2 apabila di ingat. tiba-tiba jer
 terimbau kenangan mula-mula nak masuk tadika. adoi bukan main susah lagi nak bangun pagi, dah la air sejuk kn.asyik nangis jer xnak mandi, tapi last2
 ma aku jerang air pagi2 semata2 nak mandikan aku. bezkan zaman kecik2..sbb 
ada org mndikan kita...hehehe...masuk sekolah rendah macam2 lak ragamnya. teringat lagi mula2 kena pakai tudung p sekolah..adoi susah betul nak pakai tudung kan,.mmg time 2 xcted gler nk pkai..tp tudung x mnjdi.abah aku jgk la yg jd mngsa...hehe..abah aku yg pkaikan dan abah 
aku jugak la yang tolong betulkan..bezkan,
even tudung pun ada orang pakaikan...hehe...dan masuk lak sekolah menengah...nak tahu x,
 apa yg abah aku selalu pesan kat adik beradik..hehe..jeng.jeng.jengggggggggggg.......abah aku pesan jangan sesekali bercinta time sekolah...hihihi...tapi aku wt jgk...hehe...last2 abah aku tahu..
apa lagi..kena marah la...smpai menangis aku kena marah...hahhaa...dan yang penting belajar rajin-rajin.....tapi masuk jer university, abah aku dah x marah..cuma apa yang abah aku selalu pesan, jangan tinggal solat...adoi...tiba2 jer rasa sedih yang teramat....ermmmmmmmmmm.....
kalau dok umah kan bez leh la aku peluk cium abah..kalu kita tak salam abah kita xkn p peluk abahkan..
sebab 2 la time abah balik keje,.aku slalu gak dok depan pintu
utk tnggu abah balik keje..semata2 nak salam dan peluk abah....time 2 la amat bermakna
bagi aku dan adik2....tp kadang ada gak aku x tunggu.
aku dok dalam bilik dan tido..last2 kena bising kat abah...hehehe..
rindu sangat2 kat abah dan famili yang tersayang.....

korang nak tahu x..knapa jari aku ni cbuk dok taip tentang kenangan aku ngn abah...??
hah..tak tahu...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

meh aku bagi tahu....kerana ari ni adalah HARI BAPA..

selamat hari bapa buat abah ku KAMARUDIN BIN MAT SAMAN...
semoga abah sentiasa dibawah rahmatNYA, setiap nafas abah, setiap denyutan nadi abah,
setiap langkah abah keluar mencari nafkah, setiap tindak tanduk abah, setiap apa abah lakukan,
semoga semuanya diberkati ALLAH.

Daripada anak mu...yang sentiasa menyayangi mu..U r my hero....

Saturday 16 June 2012

♥ sikera ♥

kera datang lagi...huhu..tkut kot...dh la dtg ciap bwak mak ayh, datuk nenek lagi...baby pn dia bwk gara2 datang nak brperang...hehehe...siyes...mmg mnakutkan ....
kjdian ni brlaku smlm dn tgh hari td...

tatau nk ckp pape dh...huhuhu
picture speaks louder...*_*
 
 gambar ni diambil dari fb member....



| keserabutan melanda |

serabut.serabut.serabut dan serabut.......
exam tnggal 5 paper lgi...adoi bila la nak hbiis yer..x sabar nak balik umhh dah ni...
*wink2...mood exam dan mood study telah datang.....huhuhu





~ tengoklah keserabutan melanda di pagi hari..subjek elektrik dan elektronik~

Friday 15 June 2012

Meowwwww......

selamat petang semua..petang yg indah lagi nyaman ni , aku nk cite tentang haiwan yg ssgt la comel....
nak tau x ape...jeng.jeng.jengggggggg......mestilah KUCING....
sejak bila lak aku suka kucing ni...hehe..ni semua gara2 member aku Ila n Dila yg suka sngt pd kcing dn mreka cbuk dok cari gmbr kcing kat pakcik google...smpai kn aku trikut2 jgk cri gmbr si comel...
dan mengupdate entry tntang kucing walaupun aku x bela kcing...

 Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Setiap  Nabi akan menerima tamu di rumah, baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi sukai ialah, Mueeza selalu mengeong ketika mendengar azan seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti laungan azan. Nabi juga berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyayangi keluarga sendiri.

Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebgai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan munggil kucing itu.


~menurut sebuah hadia BagindaRasulullah SAW daripada riwayat Saidina Abdullah Bin
 Saidina Umar Al Khatab mengisahkan bahawa pernah seorang wanita disenaraikan 
sebagai ahli neraka disebabkan dia pernah mengurung seekor kucing dan tidak pula dibenarkan
 keluar untuk merayau-rayau untuk mencari makanannya sendiri yang menyebabkan akirnya 
kucing itu mati kelaparan.~ Hadis Sahih Riwayat Iman Al -Bukhari.












alololo....comel giler kucing2 ni kn......

Thursday 14 June 2012

Rahsia Bantal

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa   Seni. Mereka   Mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap   Lukisan, muzik Dan sastera.   Perasaan mereka halus Dan jiwa mereka romantik.   Kadangkala Ada yang   Boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui   Mimpi. Mereka   Juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam   Kehidupan seharian   Mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka   Jarang membuat   Keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan   Pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada Dan boleh   Menerima keadaan   Seadanya. Mereka juga membuat keputusan   Berdasarkan fikiran Dan   Bukan nafsu semata-Mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang   Bergaul dgn Org ramai, malah kaku dalam pergaulan.. Ini   Menyebabkan mereka   Cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar   Menempuh jalan pintas   Untuk mencapai cita2. Mereka tidak suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat Tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan Membawa kepada Sifat ego.

6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... Pergi kedai belilah satu, bukanya Mahal pun..!!


p/s : saya hanya ada dua bantal sahaja..*_*


Wednesday 13 June 2012

Andai Lelaki Tahu..


 Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Monday 11 June 2012

| tak tahu pape |

assalamualaikum dan slmt ptg smua...
pd ptg yg nyaman ni aku nak brangan la ckit..hehe..rsa dh lma x brangan-angan..
hahaha..tp nak brangan ape yer....??*pikir2....wink2...
haa...nak tau x nk berangan per....mestilah brangan yg indah2...bez nyer hdp klau dpt apa yg di angan kn...
tp papepn kta kna bersyukur dgn apa yg ALLAH bg utk kta..


nak tau x kat mne ni...ni la Pulau Semporna Sabah...cantik kn...sgt2 cntik, air yg jernih tau...sape lah yg nak bwak aku p cnie..dh la jauh kn..hehehe...xpe..ni just angan2 d ptg hari..hihihi....

tp kalau x dpt dgt cnie pn xpe asal dpt p pulau jer..hahaha...x pn Pulau Perhentian...save ckit budjet...

Pulau Perhentian..gambar dari pakcik google....

knapa aku suka pulau....??
sbb tempatnyer yang nyaman, tenang...beznyer kalau dpt dgt cni.....

xpn...kat cnie...hehehe...kalau dpt pegi cnie pn bez jgk ni...dpt release tnsion..dpt glak kuat2....hahaha...


tiba-tiba jer terimbau kenangan tahun lepas...bersama kwn2 naik bnda ni...bez sgt2.... bez + takut...
hehehe..takut sampai trkeluar airmata..bila la plak dpt p ekkkk ....ermm..pkir.pkir......




 posted by : cahaya harum pembawa kesetiaan....

Saturday 9 June 2012

~~~bunga-bunga syurga~~~

hari yg indah.. mood yg baik.. rasa yg penuh berbunga2.. hati terasa ingin bermadah :DAlhamdulillah, terima kasih Allah...--_--

hehehehe....terkadang hati sering berbisik untuk memulakan satu alam baru dalam sebuah kehidupan seorang wanita bergelar isteri... huahua...hehehe...(xde mknenyer..hnya saje2) makanya dalam kesempatan yg diberi ini terasa jari jemari ini laju membuka google mencari maklumat untuk  memulakan mukadimah entry terbaru ini....

eeeheeeeheeee.....segala coretan di bawah ini hasil cut and paste dari segenap lapangan pakcik google :) masih belum penuh ilmu di dada untuk membicarakan mengenai perkahwinan... ternyata bidang ilmu itu sungguh luas untuk diterokai sesungguhnya hati yg sangat dahagakan ilmu ini ingin sekali menimba ilmu dalam apa jua cara kerana tidak ada sesuatu perkara pun yg mustahil lagi dalam dunia global hari ini... wah3.. mcm nak buat karangan SPM dah.. moh lah kita tgk apa kita jumpa dari  pakcik google nie... :)

KAHWIN AWAL :)

Maksud Perkahwinan
“Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui”
(Surah An-Nur 24:32)

Perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengansebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.

Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah seperti berikut:

“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”
Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa  Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan  supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW.  Antara faedah yang ketara di sini ialah  seseorang itu dapat  menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya.  Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.
Realiti Perkahwinan


Antara umur yang dikategorikan dalam berkahwin awal adalah dalam lingkungan 18 – 24 tahun. Kahwin muda atau kahwin awal kini semakin terkenal dikalangan para pelajar.  Ramai dari remaja yang takut untuk berkahwin awal kerana takut ‘kaki mereka akan diikat’ dan takut kehidupan mereka tidak lagi bebas selepas berkahwin.. Tetapi ada juga yang berkemampuan untuk berkahwin tetapi masih ragu-ragu dan takut untuk melangkah ke dunia perkahwinan.

“Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri”
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika isu belum matang menjadi halangan, anda mungkin silap. Sebenarnya kematangan akan terbentuk dengan sendiri selepas anda berkahwin. Perkahwinan juga mengajar kita suami isteri bersikap matang serta bertanggungjawab. Contohnya jika anda masih lagi bergelar pelajar, apabila anda berkahwin anda mungkin akan lagi ‘serius’ terhadap pelajaran kerana anda memikirkan diri anda yang memegang tanggungjawab sebagai isteri/suami. Sikap bertanggungjawab itu juga mungkin timbul kerana anda kini menjadi tumpuan seluruh ahli keluarga anda kerana anda berkahwin ketika belajar. Selain itu, berkahwin juga sebenarnya banyak mengajar kita cara memperbaiki diri. Anda dan pasangan boleh diibaratkan seperti cermin!
Kebaikan Berkahwin Awal


Umum mengetahui  berkahwin boleh mengelakkan maksiat seperti zina daripada berleluasa. Tetapi kahwin awal juga dapat memberikan ketenangan jiwa dan kita tidak akan lagi berasa sunyi. Jika salah seorang daripada anda mempunya masalah, anda ada orang untuk meluahkan cerita, setia memberi anda nasihat dan yang paling penting menjadi pendengar anda yang setia. Ramai dari anak muda sekarang yang beranggapan selepas berkahwin hilanglah kemanisan ‘dating’ dan sebagainya. Tetapi anda silap kerana kemanisan ‘dating’ akan lebih jika anda adalah pasangan yang halal.Bayangkan anda boleh melakukan pelbagai aktiviti dengan pasangan anda tanpa berasa takut dan bersalah.

Kahwin di usia muda juga menjadikan ibadah kita lebih berkualiti, penuh khusyuk. Mungkin tiada lagi masalah nafsu dan ketidaktenangan terhadap pasangan yang belum pasti. Manisnya kehidupan anda yang sentiasa solat berjemaah bersama, bertadarus bersama dan bangun malam untuk qiamulai bersama.

Masalah
wang adalah satu keperluan yg sangat penting sekarang.
Kebanyakan masalah yang dihadapi untuk orang yang ingin berkahwin adalah kewangan.  Tetapi percaya atau tidak berkahwin menarik banyak rezeki.
“Ada tiga golongan yang Allah berjanji akan menolong mereka, iaitu :
1 – Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya,
2 – Hamba sahaya yang ingin memerdekakan dirinya,
3 – Orang yang berperang di jalan Allah.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
 p/s : entry ni hanya saja2....bkn niat nak kawin awal yer kawan2....heheheh


Thursday 7 June 2012

Tanpa Kata

semogaberjaya....


buat sahabat sekalian especially my frend di UUM ....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...