w

Saturday 21 May 2016

Preparation in My Wedding

Alhamdulillah, 

Finally, berkurun aku mencuba untuk log in blog ni. Lupa pasword, hehe. akhirnya baru berjaya. Fuhhh letih  pkirkan pasword, mcm mane la blh pelupa..emmmm.

Hari ini juga 21 Mei 2016 genap 6 bulan perkahwinan ku, Alhamdulillah. Baru ada kesempatan nak trobek preparation November 2015 tahun lepas. 


Handbag yg diidamkan..hehe..sebelum kawin dah bagi tau nak beg ni. Walaupun my mum cakap, habis la duit aiman ..hehe. TQ sayang. kiri kecil, kanan besar..so aku prefer yg kanan. 


 Kasut Bonia sama dengan beg, since aku tak pakai yang heel, aku pilih yang tapak cipuk je..hehe



Jam, sama dengan suami. Tali hitam si suami, tali koko si isteri. Semua barang hantaran cari kat Quensbay Penang. Disebabkan dah boring asyik tali besi je, so tukar taste la pula. Suami nak jam G-Shock tapi aku tak bagi..hehe. Tak berkenan dek mata kalau nak buat as hantaran. tak pe, one day i bagi u jam G-shock as hadiah oke sayang...



Banner, bunting, petunjuk arah, guestbook dan prop semua full pakej dengan kad kawin. 
Yang siap gantung tu, gambar masa hari kejadian. Banner yg besar abah tak snap pula, dah gtau abah awal suh snap, tapi abah ckp tak nampak sbb tinggi dok atas jalan kat tiang lampu.hehe

Tiga khemah semasa majlis, plus PA System. Bulan 11 tahun lepas musim hujan, so habis la basah scating semua. Nasib tak banjir. hehe

Meja beradap


Hantaran suami untuk isteri, 9 berbalas 9
1. Handbag dan kasut
2. Jam
3. Baju kurung siap
4. Kain baju kurung yang belum jahit 2 pasang
5. Telekung sembahyang
6. Kek
7. Buah
8.  Pulut

Hantaran isteri untuk suami 
1. Kasut Clark
2. Jam
3. Kemeja
4. Kain baju Melayu
5. Sejadah
6. Wallet, belt dan beg 
7. Kek
8. Buah
9. Pulut

3 bekas hantaran masa hantar menantu, 3 balas 3. Simple je aku buat.


2 hari sebelum majlis kawin, my adik ipar yang buatkan.


Seminggu sebelum majlis, pelamin in the house. Sekali pakej baju, meja beradap dan make up untuk 3 kali, time akad nikah, sanding dan hantar menantu 

Semasa Majlis


Tiga pasang baju, sanding, outdoor dan hantar menantu. Baju akad nikah upah orang jahitkan. Just baju kurung moden. Juru kamera, aku n suami ambil Cameraman yang sama masa majlis tunang kami dulu. 

Time Kursus kawin

Alhamdulillah, majlis kawin berjalan dengan sempurna. Terima kasih ma abah yang banyak sponser, dan my sister .almaklum la, aku tak jerja lagi, study master pun tak habis lagi..hoho.
Bila kira-kira semua,,omaigod. hehe... pelamin side perempuan dan persalinan, cameramen, barang hantaran aku dan dia, gelang dan cincin time akad nikah, dan kad kawin around 12k. Ni belum kira pelamin side lelaki dan hantaran pihak keluarga aku dan keluarga dia masa hantar menantu..yang pasti pengantin lelaki banyak habis duit berganda-ganda dari perempuan. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...