SUMBER DARI:
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA
PANDUAN UNTUK PEJALAN KAKI
UMUM
-Gunakan kaki lima yang disediakan
-Jika tiada,berjalan di sebelah
kanan jalan raya dan sentiasa memandang kenderaan yang datang dari arah hadapan
-Jangan sesekali berjalan
bergandingan.Jika keadaan memerlukan seperti meminpin orang buta,anda bolehlah
bergandingan tetapi jangan melebihi dua orang.
-Gunakan kemudahan melintas jalan
seperti jejantas,lintasan pejalan kaki,lampu isyarat.
BERJALAN KAKI DIWAKTU MALAM
-Jika
berjalan diwaktu malam,anda perlu peka dengan keadaan lalu lintas dan perlu
bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan
-Gunakan kaki lima yang disediakan .Anda dinasihatkan mematuhi panduan berikut
bagi membolehkan pemandu kenderaan melihat anda:
1.Memakai pakaian berwarna cerah atau putih.
2.Memakai pakaian yang mempunyai pemantul cahaya
3.Membawa surat khabar atau benda-benda berwarna putih
4.Menggunakan lampu picit
BERJALAN KAKI DIWAKTU HUJAN
-Anda dinasihatkan memakai baju
hujan jika berjalan di waktu hujan
-Jika perlu menggunakan paying,pegang dengan cara yang betul agar
tidakmenghalang pandangan anda dan gunakan paying berwarna cerah.
-Jangan berlari semasa memegang paying
terutamanya semasa melintas jalan.
-Berjalan dengan cermat kerana jalan yang licin mudah tergelincir .
-Jangan menundukkan kepala semasa berjalan kerana anda mungkin tidak nampak
kenderaan yang datang dari arah hadapan.
CARA MELINTAS JALAN
LINTASAN PEJALAN KAKI
-Berilah
kesempatan untuk pemandu melihat anda dan memberhentikankenderaannya sebelum
anda melintas
-Pastikan semua kenderaan berhenti dan berjalanlah dengan cermat bila melintas
-Anda hendaklah berhati-hati kerana ada kemungkinan kenderaan dibelakang akan
mermotong kenderaan yang berhenti.
JALAN BIASA
-Berdiri
diatas kaki lima atau pinggir jalan.
-perhatikan dan dengar lalulintas sekeliling.Jika ada lalulintas yang datang
biarkan ia berlalu.
-Pandang kanan,kiri dan kanan sekali lagi.sekiranya tiada kenderaan,melintaslah
dengan selamat.
-Jangan berlari atau bermain-main semasa melintas jalan.
-semasa melintas,pandang kearah kenderaan yang datang
LAMPU ISYARAT
-Melintaslah apabila lampu isyarat
untuk pejalan kaki melintas bertukar kepada berwarna hijau
-bila lampu isyarat untuk pejalan kaki berkelip-kelip,ia bererti lampu isyarat
akan bertukar kepada warna merah dan anda dinasihatkan berhenti daripada
melintas.Jika anda sedang melintas,percepatkan langkah anda.
*motif entry ni sbb nk sruh
sayang2ku kat luar sana hati-hati ktka mlntas jln yer...huhuha..aku hmpir nk
kna langgar kreta ptg td smsa blik dr kls...mjur si pmandu dpt mngelak...kalau
tak..??