Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan
air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang
dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia
sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru
bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang
mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia
tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki
mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda
berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia
mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan
anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak
percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan
anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh
perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan
mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya
mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata
dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah
sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i
love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu
merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui
bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama
kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa
bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu
lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji
kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di
matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia
dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang
lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia
bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki
itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat
lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar
fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong
tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya
mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai
anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi
dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada
diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan
perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling
memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu
diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu
satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat
bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan
tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki
menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup
anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada
kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik
untuk anak2 anda.
No comments:
Post a Comment