hari yg indah.. mood yg baik.. rasa yg penuh berbunga2.. hati terasa ingin bermadah :DAlhamdulillah,
terima kasih Allah...--_--
hehehehe....terkadang hati sering berbisik untuk memulakan satu alam baru dalam sebuah kehidupan seorang wanita bergelar isteri... huahua...hehehe...(xde mknenyer..hnya saje2) makanya dalam kesempatan yg diberi ini terasa jari jemari ini laju membuka google mencari maklumat untuk memulakan mukadimah entry terbaru ini....
eeeheeeeheeee.....segala coretan di bawah ini hasil cut and paste dari segenap lapangan pakcik google :) masih belum penuh ilmu di dada untuk membicarakan mengenai perkahwinan... ternyata bidang ilmu itu sungguh luas untuk diterokai sesungguhnya hati yg sangat dahagakan ilmu ini ingin sekali menimba ilmu dalam apa jua cara kerana tidak ada sesuatu perkara pun yg mustahil lagi dalam dunia global hari ini... wah3.. mcm nak buat karangan SPM dah.. moh lah kita tgk apa kita jumpa dari pakcik google nie... :)
KAHWIN AWAL :)
Maksud Perkahwinan
“Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui”(Surah An-Nur 24:32)
Perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan
perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka
hak-hak dan tanggungjawab.Dalam erti kata lain, suatu akad yang
menghalalkan persetubuhan dengansebab perkataan yang mengandungi lafaz
nikah, perkahwinan dan sebagainya.
Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah seperti berikut:
“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”
Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa Rasulullah SAW memerintahkan
umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan supaya berkahwin, kerana
perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW. Antara
faedah yang ketara di sini ialah seseorang itu dapat menjauhkan diri
dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala
seperti berbuat zina dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu tidak
mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu
syahwat.
Realiti Perkahwinan
Antara umur yang dikategorikan dalam berkahwin awal adalah dalam
lingkungan 18 – 24 tahun. Kahwin muda atau kahwin awal kini semakin
terkenal dikalangan para pelajar. Ramai dari remaja yang takut untuk
berkahwin awal kerana takut ‘kaki mereka akan diikat’ dan takut
kehidupan mereka tidak lagi bebas selepas berkahwin.. Tetapi ada juga
yang berkemampuan untuk berkahwin tetapi masih ragu-ragu dan takut untuk
melangkah ke dunia perkahwinan.
“Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri”(riwayat Bukhari dan Muslim)
Jika isu belum matang menjadi halangan, anda mungkin silap. Sebenarnya
kematangan akan terbentuk dengan sendiri selepas anda berkahwin.
Perkahwinan juga mengajar kita suami isteri bersikap matang serta
bertanggungjawab. Contohnya jika anda masih lagi bergelar pelajar,
apabila anda berkahwin anda mungkin akan lagi ‘serius’ terhadap
pelajaran kerana anda memikirkan diri anda yang memegang tanggungjawab
sebagai isteri/suami. Sikap bertanggungjawab itu juga mungkin timbul
kerana anda kini menjadi tumpuan seluruh ahli keluarga anda kerana anda
berkahwin ketika belajar. Selain itu, berkahwin juga sebenarnya banyak
mengajar kita cara memperbaiki diri. Anda dan pasangan boleh diibaratkan
seperti cermin!
Kebaikan Berkahwin Awal
Umum mengetahui berkahwin boleh mengelakkan maksiat seperti zina
daripada berleluasa. Tetapi kahwin awal juga dapat memberikan ketenangan
jiwa dan kita tidak akan lagi berasa sunyi. Jika salah seorang daripada
anda mempunya masalah, anda ada orang untuk meluahkan cerita, setia
memberi anda nasihat dan yang paling penting menjadi pendengar anda yang
setia. Ramai dari anak muda sekarang yang beranggapan selepas berkahwin
hilanglah kemanisan ‘dating’ dan sebagainya. Tetapi anda silap kerana
kemanisan ‘dating’ akan lebih jika anda adalah pasangan yang
halal.Bayangkan anda boleh melakukan pelbagai aktiviti dengan pasangan
anda tanpa berasa takut dan bersalah.
Kahwin di usia muda juga menjadikan ibadah kita lebih berkualiti, penuh
khusyuk. Mungkin tiada lagi masalah nafsu dan ketidaktenangan terhadap
pasangan yang belum pasti. Manisnya kehidupan anda yang sentiasa solat
berjemaah bersama, bertadarus bersama dan bangun malam untuk qiamulai
bersama.
Masalah
wang adalah satu keperluan yg sangat penting sekarang.
Kebanyakan masalah yang dihadapi untuk orang yang ingin berkahwin adalah
kewangan. Tetapi percaya atau tidak berkahwin menarik banyak rezeki.
p/s : entry ni hanya saja2....bkn niat nak kawin awal yer kawan2....heheheh“Ada tiga golongan yang Allah berjanji akan menolong mereka, iaitu :1 – Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya,2 – Hamba sahaya yang ingin memerdekakan dirinya,3 – Orang yang berperang di jalan Allah.”(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
No comments:
Post a Comment