w

Friday 22 June 2012

| gastrik oh gastrik |

ok..gastrik datang lagi.......



penyakit gastrik adalah berpunca daripada amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikuti waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari.

Apabila amalan ini diteruskan untuk tempoh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik.  Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempoh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

Makanan yang dilarang :

1. minuman berasid
Kepada yang suka minum orange juice, air limau nipis atau air asam jawa, disarankan agar mengurangkan pengambilan minuman ini. Memang ia kaya dengan vitamin C tetapi ia juga kaya dengan asid yang bakal buat dinding perut anda jadi nipis, selembut sutera… Jika nak minum juga, pastikan anda telah makan di waktu prime anda iaitu pagi, tengahari dan malam. Makanan yang berasid pulak ialah makanan yang biasanya mengandungi cuka seperti acar dan sebagainya. Ini memang sumber terbaik untuk asid.. sekali kena pasti berguling…

2. Makanan pedas

makanan pedas dilarang sama sekali. nanti perut tak pasal-pasal meletup..huhuhuhu


*sakitnyer klau gastrik datang..tapi sakit hati lagi.lagi.lagi.lagi sakitttttttttttttttttttt..................

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...